
Hidangan lauk memang tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak ajak anda untuk cuba resipi Sayur Masak Lemak Putih ini. Bukan saja mudah, malah boleh terangkat selera.
Orang Malaysia memang biasa makan hidangan masak lemak dan Sayur Masak Lemak Putih adalah antara hidangan popular di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Apa yang membuatkan hidangan sayur ini disukai ramai, ia boleh dimasak dengan pelbagai jenis sayur yang segar. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan saja pun sudah cukup.
Perkongsian resipi Sayur Masak Lemak Putih oleh Nurjuwaini Aziz di Facebook telah membuatkan ramai teruja untuk memasak hidangan ini di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Sayur Campur Goreng Siap Dalam 5 Minit, Masak Cincai Tapi Sedap Teramat!
RESIPI SAYUR MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji bawang besar
- Segenggam udang kering
- Sayur sawi
- Sayur kubis
- Cili merah
- Sayur petola
- Suhun
- Fucuk
- Garam kasar
- Serbuk perasa
- Sedikit air
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk bawang putih, bawang besar, udang kering dan garam kasar (garam membantu bahan tumbuk supaya cepat lumat).
2. Kemudian, masukkan sedikit air ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan santan.
3. Selepas itu, masukkan segala sayur-sayuran yang disukai iaitu sawi, kubis dan petola.

4. Seterusnya, masukkan pula suhun dan fucuk ke dalam periuk.
5. Akhir sekali, kacau seketika dan terus tutup api.
Tak susah pun nak sediakan hidangan sayur yang mudah dan ringkas, cukup dengan hanya membuat Sayur Masak Lemak Putih yang lazat ini.
Jika belum pernah buat hidangan ini di rumah, anda perlu cuba resipi ini sekali dalam seumur hidup kerana kesedapannya boleh membuatkan sesiapa saja teringin untuk buat lagi.
Resipi ini boleh juga diolah dengan menggunakan sayur-sayuran lain seperti tauhu, tauge, terung, lobak merah dan sebagainya. Pendek kata, asal rajin semua jadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurjuwaini Aziz
Baca juga: Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














