sotong masak pedas

Selain dari sotong celup tepung dan sotong masak hitam, resipi sotong masak pedas pun sedap untuk dicuba. Mesti anda tak pernah cuba masak lauk ini. Bosan jugak asyik masak lauk sotong yang sama. Kali ini boleh cuba buat kelainan sedikit.

Makan sotong masak pedas ni dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Nak guna sotong besar ke, kecik ke tak kisah. Janji sotong yang nak masak pedas ini kena segar. Baru semangat nak makan. 

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Resipi ini telah dikongsikan oleh Sarah Alias. Senang sangat masaknya dan tak perlu guna bahan memasak yang banyak pun. Bahan yang digunakan biasanya dah tersedia di dapur kita.

Lauk ini jenis berkuah. Tapi kena tengok dulu air sotong yang keluar itu. Bila perlu, anda boleh  tambah air dalam masak.


RESIPI SOTONG MASAK PEDAS

sotong masak pedas

Bahan-bahan:

Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Cili api*
Sotong
Serai dititik
Daun limau purut
Sos ikan, sos tiram
Serbuk kunyit

Cara-cara memasak:

1. Semua bahan-bahan bertanda diatas ditumbuk / blend.

2. Tumis pulak semua bahan ditumbuk hingga naik bau.

3. Kemudian, letak serai yg telah dititik dan daun limau purut.

4. Selepas itu, masukkan sos ikan dan sos tiram. Letak sedikit serbuk kunyit untuk bagi colour kuning-kuning sikit.

5. Kacau sebentar kemudian masukkan sotong. Bila air sotong dah keluar, tambah sikit ajinamoto, kalau taknak letak pun tak apa.

6.Kalau nak banyak kuah, tambah air. Seimbangkan rasa, siap!

sotong masak pedas


Selamat mencuba.

Sumber: Sarah Alias

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berempah, Gaul Dengan Nasi Panas-panas, Nikmatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN