resepi telur

Resepi telur masak bawang adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk makan tengah hari, atau makan malam, hidangan ini pasti memikat selera seisi keluarga.

Dengan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati, anda boleh menyediakan hidangan ini dalam sekelip mata. Apa yang menjadikan telur masak bawang istimewa adalah kombinasi rasa bawang yang manis dan telur yang lembut.

Jom kita lihat cara untuk membuat telur masak bawang yang lazat ini seperti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Buang Sarang Telur Ayam, Boleh Guna Untuk Elak Sampah Berbau & Berair!

RESEPI TELUR MASAK BAWANG

resepi telur

Bahan-bahan:

  • Telur
  • 3 biji bawang besar (dihiris)
  • Bahan kisar (4 ulsd bawang putih, 1 biji bawang besar dan halia)
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Daun kari
  • Serai (diketuk)
  • Cili kisar
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili
  • Garam masala
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Goreng dahulu bawang besar yang dihiris hingga garing. Rebus telur terlebih dahulu, kemudian kupas kulitnya.
  2. Goreng telur yang telah direbus dan ketepikan.
  3. Tumis 4 sekawan, daun pandan, daun kari, dan serai yang diketuk.
  4. Tumis bahan-bahan kisar (bawang putih, bawang besar, dan halia) hingga naik bau.
  5. Setelah bau harum, masukkan kesemua bahan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Setelah pecah minyak, masukkan satu sudu sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Kacau rata.
  7. Tambahkan garam dan gula. Rasa dan sesuaikan.
  8. Masukkan telur, gaul rata sehingga sebati.
  9. Tutup api dan taburkan bawang goreng tadi.
  10. Hidangan siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Mariana Abd Majid

Baca juga: Cara Buat Roti Celup Telur Yang Sedap, Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN