sos cili thai

Sos cili Thai merupakan salah satu stok makanan yang wajib ada di rumah. Cicah dengan keropok keping, memang layan!

Rupanya kita boleh cuba buat sendiri sos ini di rumah. Maklumlah, harga barang dapur sekarang pun makin naik.

Jadi, kalau buat sendiri memang boleh jimat banyak. Dengan hanya modal RM5, boleh dapat 3 botol sos.

Mari kita cuba buat dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Haslindawati Omar di bawah.

Baca juga: Resipi Sardin Roll Homemade, 3 Cawan Tepung Gandum Boleh Dapat 22 Biji

RESEPI SOS CILI THAI HOMEMADE

“Dengan modal RM5 dapat 3 botol (kecil) sos cili thai homemade. Botol sos cili saya recycle, basuh bersih, buang label, simpan sos cili Thai homemade. Jimat.

Di sini saya sertakan resepi, mana tau kaum isteri nak jimat kos, boleh buat stok sendiri.”

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara-caranya:

Bahan-bahan A:

  • 5 biji cili besar merah – buang biji
  • 4 biji cili padi merah – tak perlu buang biji
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan air

Bahan-bahan B:

  • Sedikit cuka makan
  • 1 hingga 1 ½ cawan gula (ikut tahap kemanisan sendiri pada sos tu)
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan tepung jagung + sedikit air (bancuh)
  • 2 cawan air

Cara-cara:

1. Kisar bahan-bahan A, pastikan jangan kisar terlalu hancur.

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan 2 cawan air. Masak hingga mendidih.

3. Masukkan cuka, gula, garam. Kacau sebati sampai gula hancur.

4. Selepas gula hancur, masukkan bancuhan tepung jagung. Biar sehingga sos mendidih dan berkilat.

sos cili thai

5. Sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam botol dan diletakkan di dalam peti ais. Selamat mencuba!

sos cili thai

Kredit resipi dan gambar: Haslindawati Omar

Baca juga: Buat Sendiri Kuah Rojak Homemade, Nak Buat Niaga Pun Boleh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN