mini vietnamese roll

Pasti ramai yang dah biasa makan Vietnamese Roll kan? Kali ini jom cuba buat Mini Vietnamese Roll pula.

Kalau buat yang versi kecil ini, lambat sikit muak. Nak makan pun senang, sekali ngap je. Jom cuba!

Cara Buat Mini Vietnamese Roll

Bahan-bahan:

  • Pembalut popia Vietnam atau Vietnam Rice Paper (saya beli bersaiz kecil di Lotus)

Bahan-bahan inti:

  • Suhun yang direbus dan tos
  • Seberapa tangkai pucuk daun ketumbar
  • Timun Jepun potong sederhana
  • Lobak Merah potong sederhana
  • Daun salad dicuci bersih dan tos
  • Filamen ketam (potong dua. Nak guna udang boleh atau isi ayam pun sedap)

Cara-cara:

  1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air. Kemudian tebar di atas pinggan untuk isi satu persatu inti.
  2. Susun serba sedikit bahan-bahan ke atas kulit kulit popia Vietnam. Kemudian gulung rapi.

    mini vietnamese roll

Bahan-bahan sos:

  • Sos Thai jenama Kimball
  • 4 sudu besar sos Thai
  • 2 sudu air panas
  • 2 sudu sos ikan
  • Hirisan daun ketumbar
  • Biji bijan

Cara-cara membuat sos:

  1. Sos saya guna sos Thai sedia ada jenama Kimball. Kemudiam tambahkan bahan-bahan lain.
  2. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

  3. Sediah dimakan dengan vietnam roll yang sudah digulung tadi.

    mini vietnamese roll

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN