tepung gomak inti kelapa

Banyak kuih legend yang masih menjadi kegemaran rakyat Malaysia sehingga sekarang. Salah satu kuih tersebut adalah kuih tepung gomak inti kelapa manis.

Ada sesetengah tempat sangat susah nak jumpa orang jual kuih ini, akhirnya terpaksa buat sendiri saja.

Kalau ada yang nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia di bawah. Menurut beliau, resipi tersebut digunakan sebagai sumber pendapatan ibunya dahulu.

RESIPI KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS

Bahan-bahan buat inti:

  • ½ biji kelapa parut muda
  • 3 sdm gula merah / gula melaka
  • 3 sdm gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan disimpul
  • 1 cawan air
  • 1-2 sdm tepung gandum
  • Tepung kacau hijau

Sukatan gula boleh ditukar mengikut selera masing-masing.

Cara-cara buat inti:

  1. Larutkan garam bersama air.
  2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
  3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
  4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.
  5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
  6. Didihkan air dalam periuk.
  7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.

Cara buat tepung kacau hijau:

  1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
  2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
  3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak & blend lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
  4. Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.
  5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  6. Atau cara paling termudah, beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai². Pastikan ada tertulis ROASTED.

Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG.

Kredit: Marlia Lia

Baca juga:  Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN