sup daging

Resepi sup daging kicap ini memang sangat glamour di Pekan. Biasanya menu ini hanya dihidangkan di majlis kenduri kahwin, bukan selalu dapat makan!

Namun begitu, selepas ini tak perlu tunggu majlis kenduri kahwin, anda boleh masak sendiri di rumah saja dengan menggunakan resipi di bawah. 

Bukan sekadar sup biasa, sup kicap ini cukup rasa masin, pedas dan manis yang sangat lazat dan mempersona! Cukup sedap jika dimakan bersama nasi putih atau roti.

Baca juga: Resipi Daging Masam Manis, Ini Tips Daging Cepat Empuk

RESEPI SUP DAGING KICAP ORANG PEKAN

Bahan A:

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1 sudu kecik jintan manis
  • 1 sudu kecil ketumbar

Bahan B:

  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • 2 senduk kecil cili kisar

Bahan lain:

  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi kentang (optional)
  • Lada kecik (optional) – untuk rasa lebih pedas
  • Kicap masin (kuantiti agak-agak sehingga dapat warna yang dikehendaki)
  • Sedikit gula melaka

Cara memasak:

  1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B yang sudah dikisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan pula air dan biarkan menggelegak. Bila air dah mendidih, baru letakkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging itu.
  3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sehingga daging/tulang empuk.
  4. Bila dah empuk, boleh masukka kentang. Bila dah hampir nak tutup api, masukkan bawang besar.
  5. Rasa kuahnya biar ada rasa masin, sedikit pedas dan ada sedikit rasa manis.
  6. Kalau cili kisar jenis tak pedas, boleh letakkan lada kecil yang diketuk ke dalam kuah.
  7. Sebelum makan, taburkan bawang goreng, daun sup, daun bawang dan perah sedikit limau nipis.
  8. Sedap dimakan bersama nasi putih atau roti. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Echot Aisyah Meor Zahid

Baca juga: Resipi Gulai Daging Umbut Kelapa, Menu ‘Rare’ Tak Ramai Orang Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN