nasi gaul banjar

Nasi Gaul Banjar merupakan salah satu masakan yang terkenal dalam masyarakat Banjar di Selangor dan Johor. Untuk pengetahuan anda, masakan ini dinamakan dengan nama tersebut kerana nasi digaul bersama acar banjar sewaktu dimakan.

Juadah ini biasanya dihidangkan semasa Majlis Keramaian. Namun, ia boleh dikatakan hampir ‘pupus’ kerana kini sudah jarang dihidangkan.

Jika ada yang mahu mencuba kelainan untuk makan tengah hari atau makan malam, bolehlah cuba resipi perkongsian oleh Alin Sulaiman di bawah.

Baca juga: Tomyam Tumis Tanpa Pes Cara Orang Lama, Teringat Zaman Kecil-Kecil Dulu

RESEPI NASI GAUL ORANG BANJAR

Bahan-bahan A:

  • 1/2 kg beras (beras basmathi pun sedap)
  • 5 ulas bawang merah kecil (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 sudu besar minyak sapi

Bahan-bahan B:

  • Ayam (1 ekor pun cukup, boleh ganti dengan daging)
  • 1 cawan sos tomato
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Rempah tumis

Cara memasak:

1.  Satukan semua bahan-bahan B di dalam periuk. Masak bahan B sampai ayam empuk. Angkat ayam dan ketepikan air rebusan.

2. Kemudian, tumis bahan A sehingga naik bau.

3. Seterusnya, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras yang sudah dibersihkan, gaul rata.

4. Kemudian tuangkan air rebusan ayam tadi. Boleh letak daun pandan supaya lebih wangi. Masak nasi seperti biasa.

nasi gaul banjar

5. Ayam yang sudah direbus tadi boleh makan begitu saja. Tapi boleh juga goreng tanpa minyak. 

Bahan-bahan acar timun:

  • Timun
  • Bawang besar
  • Nenas (tak letak pun tak apa)
  • Cili merah (nak pedas boleh campur cili padi sikit)
  • Belacan (dibakar dahulu)
  • Sos tomato (boleh ganti sos cili)
  • Garam
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan sehingga sebati. Kalau kering, boleh tambah sedikit air. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Alin Sulaiman

Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN