resepi som som sagu

Anda yang suka buat pencuci mulut di rumah, sudah tahu resepi Som Som Sagu Gula Melaka yang sedap atau belum?

Resepi Som Som Sagu Gula Melaka adalah antara resepi pencuci mulut yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Nak tahu resepi Som Som Sagu Gula Melaka yang sedap? Anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ziela Ramli di Facebook ini.

Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

RESEPI SOM SOM SAGU GULA MELAKA

resepi som som sagu

Bahan untuk sirap gula melaka:

Bahan untuk sagu:

  • 1 cawan biji sagu
  • 3½ cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil pes pandan

Bahan untuk kanji som som:

  • ½ cawan tepung beras (saya guna cap teratai)
  • 1 kotak santan kecil
  • 4 cawan air
  • ½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara penyediaan sirap gula melaka:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan untuk sirap gula Melaka ke dalam periuk.

2. Masak sehingga gula licin dan hancur.

3. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais.

Cara penyediaan sagu:

1. Mula-mula, didihkan air terlebih dahulu dan masak sagu bersama daun pandan seketika.

2. Asingkan daun pandan dan kacau sehingga sagu tak kelihatan warna putih.

3. Tuang ke dalam penapis di bawah air yang mengalir supaya tak berkanji sangat dan sagu berbiji cantik.

4. Letak sekejap saja di atas api dapur dan masukkan pes pandan, kemudian gaul sebati dan ketepikan dahulu.

resepi som som sagu

Cara penyediaan kanji som som:

1. Campurkan semua bahan kanji som som dalam kuali, kemudian kacau bahan hingga tak berketul. Pastikan api dapur jangan terlalu kuat.

2. Mula mengacau sehingga berwap sedikit likat dan timbul meletup-letup, kemudian terus tutup api.

3. Terus tuang ke dalam bekas sagu tadi supaya dapat hasil berlapis sagu dan kanji som som, kemudian biarkan sejuk seketika. Siap untuk dihidang!

Mak-mak boleh sempurnakan resepi Som Som Sagu Gula Melaka dengan hidangkan bersama sirap gula Melaka.

Selamat mencuba!

Sumber: Ziela Ramli

Baca juga: Bubur Kacang Hijau Durian, Lemak Manis Cukup Rasa Dengan Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN