cara masak nasi impit

Bila dah nak dekat raya, pasti ramai yang tercari-cari cara masak nasi impit paling mudah. Maklumlah, biasanya ketupat segera akan laku keras sampai kehabisan stok di kebanyakan kedai.

Jangan risau, jom buat sendiri je nasi impit mengunakan cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina di bawah. Tips ini menggunakan pressure cooker, tapi buat yang tak ada boleh guna rice cooker je.

Cara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker/Rice Cooker

Cara-caranya:

  1. Beras 1 cawan + air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
  2. Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cawan beras + 9 cawan air)
  3. Masukkan ke dalam pressure cooker. (saya guna jenama Primada)
  4. Tekan butang congee/soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.
  5. Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.
  6. Bila dah masak, satu tip untuk keselamatan, jangan lepaskan wap tapi biarkan wap keluar sendiri.
  7. Selepas beberapa minit, dah nampak macam ok baru buka penutup pressure cooker.
  8. Angkat periuk kemudian tekan nasi sehingga padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
  9. Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu salin ke bekas lain.
  10. Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah potong.
  11. Kalau masih panas/suam, jangan keluarkan lagi dan jangan potong. Biar dulu beberapa jam.

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan.

Sumber: Wan Ros Ina Lina

Baca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN