karipap rangup sampai petang

Seorang peniaga karipap ada berkongsikan teknik penting dalam menghasilkan karipap rangup sampai petang.

Menurut Azzura Ismail, tekstur kulit karipap paling memainkan peranan yang paling penting. Kalau tidak, karipap tidak lebut dan rangup.

Jika anda masih berjinak-jinak dalam perniagaan karipap, boleh menggunakan resipi dan cara yang dikongsikan oleh beliau di bawah.

RESIPI KARIPAP RANGUP SAMPAI PETANG

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 200 g plantan
  • Separuh cawan minyak masak
  • 2 cawan air sejuk + 3 sudu teh garam
  • 1 sudu air kapur

Cara-cara:

1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.

2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.

3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.

4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.

4. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)

5. Letakkan inti dalam karipap dan kelim. Hati-hati semasa menggoreng dan angkat karipap sebab kulit dia sangat lembut dan sensitif.

6. Jika nak simpan dalam peti, goreng separuh masak. Jangan simpan mentah, nanti tak cantik.

Kredit: Azzura Ismail

Baca juga: Mudah Sangat Buat Air Soya Homemade, Modal RM1.50 Je Tapi Boleh Dapat 2 Liter Air

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN