kaya pandan homemade

Jom buat Kaya Pandan Homemade di rumah. Setiap kali singgah ke Boat Noodle, memang wajib buat pesanan roti kukus kaya pandan. Mana taknya, keunikkan rasa pandan dan berlemak kaya itu menyebabkan kita nak ‘repeat’ banyak kali.

Jangan risau dah! kaya pandan ala restoran ini kita pun boleh olah dan buatnya di rumah. Memang boleh buat stok banyak. Nak bagi jiran sikit pun tak apa. Boleh merapatkan silaturrahim sekali.

Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini

Rasa autentik sebenarnya terletak pada kaya pandan itu sendiri. Memang tak akan sama dengan kaya yang biasa dibeli di kedai runcit.

Cicah pula bersama roti kukus, memang berebut-rebut keluarga nak makan.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Fazelina Isa ini untuk dijadikan panduan. Perkongsian beliau ini telah meraih sehingga 1.6k shares di laman Facebook! Ramai rupanya yang berminat untuk menucba.

Jom kita lihat resipinya.


RESIPI KAYA PANDAN ALA BOAT NOODLE

kaya pandan homemade

Bahan-bahan kaya pandan homemade:

  • 1 cawan air pandan – 5 helai daun yang dikisar
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak santan – 200gram
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • Pewarna Makanan

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.

2. Masak menggunakan api perlahan dan kacay sehingga adunan menjadi berkilat.

3. Bila adunan sudah berkilat, tandanya kaya suda masak. Dah boleh diangkat dan bahagikan ke dalam bekas yang lebih kecil.

4. Sedia untuk dinikmati!


Nak lagi autentik, boleh simpan ke dalam bekas kaca kedap udara. Simpan ia ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Memang sedap dinikmati bersama roti kukus atau roti bakar ala kopitiam. Nak pula sambil hiru[ teh. Fuhh syahdu!

Selamat mencuba!

kaya pandan homemade

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN