resepi shell out

Siapa ‘hantu’ makanan laut wajib cuba resepi shell out yang mudah dan ringkas ini. Lebih seronok kalau dapat berkumpul makan bersama keluarga.

Rupa-rupanya, ada bahan rahsia yang buat kuah shell out lebih sedap dari biasa. Dijamin semua orang makan dengan berselera.

Kalau nak tahu apakah rahsia itu, jom baca artikel ini sampai habis. Tak kira budak kecil atau orang dewasa, semua pasti puji sedap!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

RESEPI SHELL OUT SEDAP, RUPANYA TAMBAH ‘1 BAHAN’ RAHSIA INI

resepi shell out

Bahan kisar:

  • Bawang holland
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Halia

Bahan-bahan lain:

  • Serai (diketuk)
  • Cili kisar (lebihkan jika nak pedas)
  • Puri tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap (untuk gelapkan warna kuah)
  • Seafood (ketam, udang, sotong, lala dan kerang)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai yang diketuk.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar yang telah dikisar halus.
  3. Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Rahsia shellout yang sedap ialah dengan menambahkan puri tomato.
  5. Setelah itu, masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit kicap.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Jika rasa kuah kurang masam, tambahkan puri tomato atau sos tomato mengikut selera.
  8. Masukkan ketam terlebih dahulu dan apabila ketam hampir masak, baru masukkan udang dan sotong.
  9. Masak selama 5 minit sahaja agar udang serta sotong tidak kecut dan liat.
  10. Jangan lupa masukkan lala dan kerang yang sudah direbus.
  11. Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Kacau semua bahan hingga sebati dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN