Bau roti boy memang menusuk kalbu. Tiap lalu depan kedai roti ini mesti akan berhenti dan beli.
Selain beli, kita pun boleh buat sendiri roti boy ni kat rumah. Tak perlu buah doh roti, guna roti keping pun boleh.
Kalau ada banyak lebihan roti kat rumah, boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap dah lesap.
RESIPI ROTI BOY GUNA ROTI KEPING
Bahan-bahan topping:
- 4 tsp instant coffee
- 2 tsp air panas
- 1 biji telur
- 70 gram gula aising
- 80 gram tepung gandum
- 80 gram butter
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.
2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.
5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.
6. Dah siap, makan panas-panas sedap!
Lihat video penuh:
@yayaamirul semalam nak makan rotiboy tapi dah petang jadi takdanya nak uli doh, kita buat rotiboy express! 🤍 #rotiboy #cookingtiktok #minivlogs
Kredit: TikTok @yayaamirul