telur kukus

Kalau anda mencari kelainan untuk lauk makan tengah hari, apa kata jom cuba resepi telur kukus versi Chinese style ini.

Hidangan yang simple dengan tekstur lembut dan penuh dengan rasa ini pasti akan memikat selera seisi keluarga.

Bukan sahaja sangat mudah disediakan, tetapi sesuai juga buat mereka yang ingin menikmati hidangan yang sihat dan menyelerakan.

Baca juga: Resipi Telur Mata Cabai Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

RESEPI TELUR KUKUS CHINESE STYLE

telur kukus

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan air
  • Sedikit serbuk lada sulah (black pepper)
  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit minyak bijan untuk menumis
  • Sedikit kicap soya
  • Daun bawang (dihiris untuk taburan)

Cara Penyediaan:

  1. Pukul telur bersama air dan serbuk lada sulah sehingga sebati. Tapis campuran telur untuk membuang buih yang terbentuk, kerana buih ini boleh mencacatkan permukaan telur apabila dikukus nanti.
  2. Kukus campuran telur tersebut selama 15 minit sehingga telur masak sepenuhnya.
    Sementara itu, panaskan sedikit minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dicincang halus sehingga kekuningan dan wangi.
  3. Setelah itu, masukkan serbuk cili (chili flakes) ke dalam minyak tumisan, sesuaikan jumlahnya mengikut selera kepedasan anda.
  4. Tuang minyak bawang putih yang telah ditumis tadi ke atas telur yang telah dikukus. Tambahkan sedikit kicap soya untuk memberi rasa.
  5. Taburkan daun bawang yang dihiris sebagai hiasan.
  6. Hidangan steam egg chinese style siap untuk dinikmati!

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Sambal Telur Mata Ringkas Tapi Sedap, Warna Pun Merah Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN