resipi kek sarang semut

Apabila ada masa lapang, pasti ramai yang cuba buat kek yang lazat di rumah. Jika belum pernah buat resipi Kek Sarang Semut dengan sukatan cawan, bolehlah cuba pada hari ini.

Siti Khadijah Binti Mohammad telah kongsikan di Facebook tentang hasil daripada resipi Kek Sarang Semut yang dibuat sampaikan ramai kagum melihat kejadiannya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

RESIPI KEK SARANG SEMUT SUKATAN CAWAN

resipi kek sarang semut

Bahan-bahan karamel:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • ⅓ cawan marjerin (cairkan atau masukkan selepas gula dan air larut)

Bahan-bahan lain:

Cara-cara membuat:

1. Cairkan gula dengan menggunakan api sederhana sampai hangus (keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau dan masak guna api perlahan saja sampai gula hangus dan air jadi sebati.

2. Masukkan marjerin dan kacau sampai larut, kemudian padamkan api dan biar adunan seketika.

3. Selepas itu, masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau manja supaya kuning telur pecah saja.

4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla, kemudian kacau lagi sampai sebati.

5. Kemudian, ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder (jika tak nak guna baking powder, letak 2 sudu kecil soda bikarbonat).

6. Seterusnya, satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi dan kacau rata.

7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi dan adun sampai sebati.

8. Setelah itu, alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.

9. Panaskan periuk kukus sampai mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

10. Akhir sekali, kukus selama 1 jam atau sampai masak. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resipi kek sarang semut

Resipi Kek Sarang Semut ini boleh dibuat dengan cara membakar juga. Panaskan ketuhar pada suhu 160ºC hingga 170ºC dan bakar selama 45 minit atau sampai masak (masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing).

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad

Baca juga: Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN