Pernah tak makan Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom? Belimbing buluh ini memang sedap dengan rasa lemak dan rangupnya.

Kalau dibuat kerabu, memang menyelerakan. Rasanya yang masam, masin dan ada aroma ulam, baca bahan saja pun dah boleh buat kita terliur.

Baca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini

Buah belimbing buluh bila dibuat kerabu, rasa masamnya itu tidaklah terlalu kuat sebab sudah dicampurkan dengan bahan lain.

Bila dah sebati dengan bahan lain itu, lagilah bertambah sedap. Cara buat kerabu belimbing buluh dan daun selom ni senang dan ringkas saja. Boleh ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Auni Durrani ini.


RESIPI KERABU BELIMBING BULU DAUN SELOM

kerabu belimbing buluh

kerabu belimbing buluh

Bahan A: Semua Potong Hiris

Belimbing buluh
Daun selom
Bawang besar
Bunga kantan

Bahan B: Ditumbuk

Kelapa parut
Belacan
Cili kering 7 tangkai – optional tahap kepedasan masing-masing

Bahan C:

Isi ikan temenung – rebus dan ambil isi. Lepas itu, hancurkan dengan garfu

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula rebus dulu ikan sardin atau ikan kembung. Kemudian ketepikan.

2. Kemudian hiris halus bahan-bahan A.

3. Bahan B pula dicampurkan kesemuanya dan ditumbuk.

4. Selepas tu sediakan bekas atau besen yang sesuai untuk menggaul. Masukkan semua bahan A, B dan C dan gaul sehingga sebati.

5. Kemudian perasakan dengan garam.

6. Dah siap hidangan kerabu belimbing buluh dan daun selom.

kerabu belimbing buluh


Selamat mencuba resipi kerabu versi ini.

Sumber: Facebook Auni Durrani

Baca juga: Kerabu Daging Goreng Sweet Sour, Resipi Unik, Ringkas Dan SEDAP Untuk Dicuba

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending