sup tomato

Jika anda suka makanan berkuah, wajib cuba resipi sup tomato ini. Sup ini kaya dengan rasa masam-masam tomato yang sebati dengan bahan-bahan lain.

Yang paling penting, resipi ini tidak menggunakan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jadi, tiada rasa ‘berlendir’ langsung apabila hirup kuah.

Jika ada yang teringin nak cuba, boleh baca resipi penuh di bawah. Memang sedap, apatah lagi jika dinikmati ketika masih panas. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

RESEPI SUP TOMATO

sup tomato

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji tomato saiz besar (potong dadu)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Black fungus
  • Fucuk
  • Sos tiram
  • Kiub pati ayam
  • 3 biji telur
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Lada sulah
  • Minyak bawang putih

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit olive oil di dalam periuk.
  2. Masukkan tomato, bawang putih dan bawang holland.
  3. Reneh sehingga ketiga-tiga bahan menjadi lunyai dan lembut.
  4. Kemudian, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk.
  5. Selepas itu, boleh tambahkan cendawan dan fucuk (atau bahan lain yang disukai).
  6. Perasakan dengan sos tiram dan kiub pati ayam.
  7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sebati.
  8. Kemudian, curahkan ke dalam periuk dan gaul sebati.
  9. Akhir sekali, masukkan daun bawang, daun ketumbar, lada sulah dan minyak bawang putih.
  10. Gaul seketika dan sedia untuk dihidangkan.
  11. Selamat menjamu selera!

Kredit resipi: Instagram @hadimohdsalleh

Baca juga: Resipi Sup Sayur Yang Ringan & Cepat Dimasak, Simple Tapi Mengenyangkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN