resipi sotong phat phet

Tiada idea nak masak apa guna lauk sotong? Jom cuba resipi sotong phat phet yang sedap, pedas dan menyelerakan ini.

Satu lauk ini pun dah cukup sebab dah lengkap dengan lauk dan sayur. Jimat masa tak perlu buat banyak lauk. Kalau ada yang nak cuba masak, lihat resipi lengkap di bawah.

Resipi Sotong Phat Phet Thai

Bahan-bahan:

  • 500gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil [email protected] shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan kisar:

  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar yang telah dikisar sehingga kering dan sedikit pecah minyak.

resipi sotong phat phet

2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

resipi sotong phat phet

3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.

4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belaca, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul sehingga rata.

5. Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang.

6. Biarkan seketika dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur