ikan masak merah

Nampak ikan dalam peti sejuk, terus terfikir nak buat Ikan Masak Merah. Mana taknya, lauk ini mak-mak suka masak di rumah setiap minggu sebab tak pernah jemu memakannya.

Ramai yang sebut Ikan Masak Merah ini sebagai ikan masak sambal juga dan kesedapan lauk ini tak dapat dinafikan lagi. Tambahan pula jika ada nasi putih yang panas, lebih bertambah nikmatnya.

Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian resipi Ikan Masak Merah oleh Nur Allyssia di Facebook dan ternyata lauk ini sangat mudah dimasak di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

RESIPI IKAN MASAK MERAH

ikan masak merah

Bahan utama:

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia (saiz ibu jari)
  • Kunyit hidup (saiz ibu jari)
  • 2 batang serai
  • 4 biji cili kering (jika suka pedas, boleh letak lebih)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ikan sampai separuh garing.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama sedikit gula Melaka sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan sedikit air dan masak sampai pekat.

5. Masukkan tomato yang telah dibuang bijinya bersama sedikit garam dan perasa.

6. Setelah itu, masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi.

7. Akhir sekali, masukkan bawang bombay yang telah dipotong bulat. Siap untuk dihidang!

ikan masak merah

Resipi mudah ini boleh menggunakan jenis ikan lain juga mengikut kesukaan anda. Selain dijadikan sebagai lauk tengah hari, nak buat untuk makan malam pun boleh.

Semua orang sukakan resipi lauk yang ringkas untuk dibuat seperti Ikan Masak Merah ini. Tambahan pula, caranya mudah dan tak perlukan banyak bahan sekalipun.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis, Lauk Ringkas Untuk Tengah Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN