resepi satay ayam

Resepi satay ayam adalah salah satu hidangan yang sangat popular di Malaysia. Rasanya yang enak dan aromanya yang menggoda menjadikan sate ayam pilihan utama dalam pelbagai majlis dan acara. Selain itu, satay ayam juga boleh dinikmati oleh semua golongan, dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Resipi satay ayam ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak rumit. Anda hanya perlu perapkan ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar dan biarkan semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Apabila tiba masa untuk membakar, sate akan masak dengan cepat dan kekal juicy.

Selain sate ayam, resipi ini juga disertakan dengan cara membuat kuah kacang yang pekat dan kaya dengan rasa. Tak ada kuah kacang, memang tidak lengkap hidangan sate anda. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah, Hasil Seketul Cantik Macam Ni

RESEPI SATAY AYAM

resepi satay ayam

Bahan-bahan: 

  • 6 ketul dada ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan. Kulit ayam jangan buang, potong kecil, dan perapkan sekali dengan isi ayam)

Bahan Blend:

  • 1 labu bawang besar**
  • 10 ulas bawang merah**
  • 1 labu bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 7 batang serai**
  • 2 inci kunyit hidup** (boleh guna serbuk kunyit)
  • 2 sudu besar jintan manis**

Satukan kesemua bahan bertanda (**)  dan kisar dengan sedikit air.

Bahan Perap:

  • 2 keping gula kabung (potong kecil-kecil/hiris)
  • 1 cawan gula (kena manis, baru sedap)
  • 2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Masukkan isi ayam, bahan kisar, dan bahan perap. Gaul sebati. (Boleh tambah gula atau garam jika kurang)
  2. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  3. Cucuk ayam yang telah diperap pada lidi.
  4. Lebihan perapan jangan dibuang. Ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil, dan tambahkan sedikit minyak masak. Renjiskan semasa bakar menggunakan satu batang serai yang diketuk hujungnya.
  5. Bakar sekejap sahaja kerana ayam sudah diperap semalaman, isinya sudah lembut. Barulah isi satay berjus. Selamat mencuba.

RESIPI KUAH KACANG

resepi satay ayam

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan blend halus)
  • Segenggam cili kering (potong, rebus)**
  • 1 labu bawang besar**
  • 2 inci halia**
  • 6 batang serai**
  • 2 keping gula kabung
  • 1/2 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 inci lengkuas**
  • Air asam jawa secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Kisar bahan bertanda (**) dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang, gaul sebati.
  4. Masukkan air dan biar mendidih.
  5. Bila kuah kering sedikit, masukkan gula kabung, gula, garam, dan air asam jawa.
  6. Masak sehingga kuah pekat. *Jika mahu, boleh tambahkan santan dalam kuah kacang.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN