Kalau pergi Chicken Rice Shop, mesti selalu order Pie Tee kan? Tapi tak puas makan bila beli 1 pinggan je, harga pun boleh tahan mahal kalau nak beli banyak. Rupanya kita boleh buat sendiri kat rumah, senang je rupanya. Buat sendiri boleh makan puas-puas!

RESIPI PIE TEE HOMEMADE

Untuk kulit, korang boleh pilih sama ada nak buat sendiri ataupun beli kulit pie tee segera. Kalau nak buat sendiri kulit tersebut, boleh ikut cara-cara di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Sebiji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
  2. Panaskan minyak. C
  3. Celup acuan dalam adunan.

  4. Sedia untuk digoreng.

Bahan-bahan inti:

  • Timun
  • Sengkuang
  • Carrot – disagat / hiris halus
  • Tauge
  • Isi udang
  • Bawang putih & bawang merah – tumbuk
  • Minyak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang. Masukkan isi udang.
  2. Masukkan pula sayur-sayuran. Gaul dan masak sekejap saja.
  3. Perasakan dengan garam, gaul rata.
  4. Siap!

Cara membuat sos:

  1. Kisar 8 tangkai cili merah, 2 ulas bawang putih, 1/4 cawan air, 1/4 cawan cuka, 4 sudu besar sos ikan, 1 cawan gula perang/gula melaka.
  2. Selepas siap dikisar, tuangkan ke dalam kuali dan masukkan gula secukupnya. Kacau rata. (jangan masak terlalu pekat, apabila sejuk sos semakin pekat).

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @iNerd__

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Dumpling Ayam Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Boleh Dapat Banyak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending