resipi satay

Jom cuba resipi satay yang dikongsikan oleh Aisyah Mohd Nor ini. Sesuai dijadikan hidangan pada pagi Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurutnya juga, resipi ini merupakan hasil jualan keluarnya yang turun-temurun dari arwah atok sehingga ke anak cucu sekarang. Semoga bermanfaat!

RESIPI SATAY HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Isi [email protected] ayam 10kg
  • Gula 3kg
  • Garam 5 sudu jangan membukit ngam2 saja
  • Aji 2 sudu
  • Kunyit babas 125g

Bahan-bahan kisar:

  • Jintan manis biji 20 sudu
  • Jintan putih biji 10 sudu
  • Serbuk ketumbar babas 10 sudu
  • Serai 10 batang
  • Lengkuas 2 ibu jari
  • Halia 2 ibu jari
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 2 biji

Bahan renjis semasa bakar:

Cara-cara:

  1. Potong dadu isi ayam, kulit ayam (celur sekejap)yang dipotong kecil. Masuk semua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.

  2. Perap selama 2-3 jam. Bila dah siap perap, cucuk pada lidi.

  3. Satukan bahan renjis. Renjis pada satay ketika sedang dibakar. Bau akan jadi harum semerbak.

RESIPI KUAH KACANG

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 3kg
  • Minyak masak 1kg
  • Cili kering
  • Gula 1 kg
  • Garam
  • Air perapan satay 5 cawan

Bahan-bahan kisar:

  • Jintan manis biji 10 sudu
  • Jintan putih biji 5 sudu
  • Serbuk ketumbar babas 5 sudu
  • Serai 5 batang
  • Lengkuas 1 ibu jari
  • Halia 1 ibu jari
  • Bawang putih 1⁄2  labu
  • Bawang besar 1 biji

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan kacang bila minyak dah panas, kacau sekejap jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula cili kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Bila kacang dan cili kering dah sejuk, tumbuk atau kisar (campur air) kedua-dua bahan ini. Ketepikan.
  4. Tumis bahan-bahan kisar (serai/lengkuas/bawang putih/merah/halia/jintan manis/putih/ketumbar) dalam kuali dalam minyak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan kacang dan cili kering yang sudah dikisar tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak ajinamoto jika suka.

Selamat mencuba!

Kredit: Aisyah Mohd Nor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN