
Biskut coklat chip ini sentiasa menjadi antara kuih raya kegemaran ramai kerana ia bukan sahaja mudah dibuat, tetapi juga sangat sedap.
Jika anda mencari resipi biskut coklat cip yang ringkas dan senang diikuti, perkongsian oleh Puan Fatimah Saari ini pasti berbaloi untuk dicuba!
Baca juga: Resipi Biskut Makmur Sabah, Tekstur Sangat Rangup & Cair Dalam Mulut!
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP

Bahan A:
- 250g butter (Anchor)
- 200g gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur gred B
- Sedikit perisa cappuccino
Bahan B:
- 350g tepung gandum
- 50g tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C:
- 1 cawan coklat cip Beryl’s
- ½ cawan almond nibs
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk, kacau bahan A hingga sebati. Jangan terlalu kuat kacau, cukup sekadar manja-manja sahaja.
- Masukkan bahan B, kemudian gaul rata hingga menjadi doh.
- Akhir sekali, masukkan bahan C dan kacau sekata.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan ke atas dulang pembakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 160-170°C selama 20 minit (bergantung pada jenis oven masing-masing).
- Saiz doh yang dipaipkan lebih kurang sebesar duit 20 sen, kerana ia akan mengembang menjadi sebesar duit 50 sen selepas dibakar.
Sumber: Fatimah Saari
Baca juga: Resipi Biskut Ala Famous Amos, Ada Bahan Rahsia Untuk Wangikan Biskut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














