resepi sandwich telur

Kali ini, mari kita cuba resepi sandwich telur versi scrambled egg yang simple dan sedap. Sesuai sangat untuk dibawa ke piknik atau jamuan.

Biasanya kita guna telur rebus, kali ini MyResipi akan tunjukkan cara membuat scrambled egg yang lembut dan creamy untuk dijadikan inti sandwich.

Dengan cara ini, anda akan mendapat sandwich yang penuh rasa dan tekstur yang menarik tanpa perlu rebus telur terlebih dahulu.

Caranya cukup mudah untuk disediakan dan pasti jadi kegemaran ramai. Jom cuba!

Baca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak

RESEPI SANDWICH TELUR TANPA REBUS

Bahan-bahan:

  • 12 keping roti sandwich
  • 1 biji bawang merah (saiz bola pingpong), dipotong dadu
  • 1 batang cili merah besar, dibuang biji dan dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah, disagat
  • 5 biji telur gred B
  • Secubit garam
  • Sedikit lada putih
  • 3 sudu besar mayonis
  • 4 sudu besar sos coleslaw (boleh ditambah mengikut citarasa)
  • Cheddar cheese, disagat
  • Butter (untuk menggoreng scramble eggs)

Cara Memasak:

  1. Satukan bawang merah, cili merah, dan lobak merah dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Untuk scramble eggs, pecahkan telur ke dalam mangkuk. Tambahkan secubit garam dan sedikit lada putih. Kacau rata.
  3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter. Tuangkan adunan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur masak dan menjadi scramble eggs.
  4. Campurkan scramble eggs yang telah dimasak ke dalam bekas yang mengandungi bawang merah, cili merah, dan lobak merah.
  5. Masukkan 3 sudu besar mayonis dan 4 sudu besar sos coleslaw ke dalam campuran tersebut. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan cheddar cheese yang disagat ke dalam campuran dan gaul rata. Jangan tambah garam kerana campuran sudah cukup rasa.
  7. Susun campuran ini di atas 12 keping roti sandwich.
  8. Tidak perlu sapu butter pada roti kerana rasa dairy sudah ada dalam scramble eggs dan keju.
  9. Siap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nor Asiah Jenal

Baca juga: Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi ‘Perfect’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN