resepi ayam goreng rangup

Terdapat banyak resepi ayam goreng rangup yang boleh dicuba. Salah satunya ialah dengan teknik menaburkan tepung ke dalam minyak, tanpa melumur tepung pada ayam.

Selain mengelakkan tangan daripada kotor, cara ini juga memastikan tepung bersalut dengan cantik pada ayam. Ayam juga tidak akan melekat pada kuali dan minyak pun tidak meletup.

Jika anda ingin mencuba cara goreng ayam dengan cara yang berbeza, ikut teknik yang dikongsikan oleh Puan Wan Juliana Wan Mat di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

RESEPI AYAM GORENG RANGUP TANPA LUMUR

resepi ayam goreng rangup

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Mula-mula panaskan minyak masak seperti biasa.
  2. Kemudian, masukkan tepung ayam goreng (sesuaikan dengan kuantiti ayam) ke dalam minyak yang sudah panas.
  3. Kacau hingga rata supaya tepung tidak berketul di dalam minyak.
  4. Setelah itu, masukkan ayam yang ingin digoreng ke dalam minyak panas.
  5. Anda boleh melumur ayam dengan garam terlebih dahulu atau terus menggoreng tanpa sebarang perapan.
  6. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
  7. Untuk aroma lebih wangi, anda boleh menambah sedikit bawang putih.
  8. Hasilnya, ayam rangup elok dan tidak menyerap banyak minyak.
  9. Selamat mencuba!

Sumber: Wan Juliana Wan Mat

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN