ayam kicap mayonis

Tiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam kicap mayonis yang lazat dan menyelerakan ini.

Anak-anak dan suami pun dijamin akan suka, makan nasi bertambah-tambah! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Jom cuba!

Cara Buat Ayam Kicap Mayonis

Bahan-bahan:

  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Bawang putih 5 ulas dicincang haluss
  • Bawang besar (dipotong)
  • Serai 1@2 batang diketuk
  • Tomato 3biji (2 biji dicincang haluss, sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)
  • Ayam yang telah siap digoreng
  • Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak @ pun tidak)

Cara-caranya:

1. Tumis serai sehingga wangi. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing.

ayam kicap mayonis

2. Bila dah garing, masukkan tomato cincang. Masak sehingga tomato hancur dan tambahkan air.

ayam kicap mayonis

3. Bila tomato dah hancur masukkan sos cili, kicap. Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.

4. Bila dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatan ikut suka, lagi banyak lagi pekat kuah.

5. Bila mayonis dah sebati, masukkan ayam dan gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan ubi kentang yang sudah digoreng, tomato yang dipotong dadu dan bawang besar.

7. Masak sampai pecah minyak dan sedia untuk dihidang.

ayam kicap mayonis

Kredit: Fairuz Abu Hassan

Baca juga: Begini Cara Masak Ayam Paprik Yang Lagi Padu, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN