5 Restoran ‘Family-Friendly’ Di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Yang Ada Anak Kecil

Teringin nak bawa anak-anak makan diluar? Kadang-kadang tu mesti kita penat nak masak dan rasa nak makan luar bersama keluarga kan? Tapi timbul satu masalah bila kita mempunyai anak-anak yang kecil, dan agak susah untuk kita kawal pergerakan mereka apabila di restoran.  Sekarang anda tidak lagi perlu risau kerana di dalam artikel ini kami akan menyenaraikan kafe yang ‘Family-Friendly’.

Restoran ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah mereka juga ada menawarkan banyak menu kanak-kanak dengan kawasan permainan yang menyeronokkan. Jom kita tengok 5 Restoran ‘Family-Friendly’ Di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Yang Ada Anak Kecil!

1. Marmalade

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

Di dalam sebuah pusat membeli belah di Bangsar Village 2 ini ada sebuah kafe yang bernama Marmalade, kafe ini sangat popular terutamanya kepada mereka yang sudah bekeluarga. Kafe yang cantik ini telah menjadi tempat tumpuan kerana menunya yang sedap dan sesuai dengan kanak-kanak. Kawasan permainannya juga luas untuk menghiburkan anak-anak anda sementara menunggu makanan mereka.

Alamat: F18, Level 1, Bangsar Village 2, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (10am – 10pm)

2. Yellow Brick Road

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

Terletak di Plaza Batai, Yellow Brick Road ialah sebuah kafe yang dihiasi dengan Land of Oz yang digerami ramai. Tempat ini tidak asing lagi bagi orang tempatan, dengan pelbagai pilihan sarapan dan tengah hari, pasti anak-anak anda akan menggemari kafe ini!

Ramai orang mengesyorkan penkek mereka. Kanak-kanak juga boleh naik ke tingkat atas kerana di sana ada sudut yang cantik, lengkap dengan permainan dan buku untuk anak-anak anda.

Alamat: 8-7, Plaza Batai, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang (Isnin-Khamis), 9 pagi – 10 malam (Jumaat-Ahad)

3. Antipodean

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

Antipodean ialah sebuah kafe yang terkenal di KL, kafe ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Lembah Klang. Setiap kedai, kecuali di Midvalley, mempunyai kawasan permainan khusus untuk anak-anak anda melepak, dengan mainan dan televisyen.

Outlet: Bangsar, Menara Tan & Tan, Midvalley, Atria Shopping Gallery, Travelodge Bukit Bintang, Travelodge City Centre
Waktu Operasi: Semak waktu buka setiap cawangan masing-masing di

4. Kanteen

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

Nikmati hidangan berkhasiat bersama keluarga anda kafe ini. Kafe ini berkonsepkan seolah olah anda di kantin. Ruang ini menggabungkan reka bentuk moden dalam persekitaran yang santai, dengan susunan tempat duduk yang boleh memuatkan keluarga besar.

Restoran ini menyajikan hidangan tempatan dan Barat, ada makanan untuk vegetarian juga tau! Kanak-kanak pasti akan menyukai makanan disini kerana makanan anda akan disajikan dalam tupperware haiwan yang comel.

Alamat: Lot GF2, Mont Kiara Banyan, No 28, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur / No.12, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8 pagi – 9 malam (Ahad-Khamis), 8 pagi – 11 malam (Jumaat & Sabtu)

5. Wondermilk

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

5 Restoran 'Family-Friendly' Di Kuala Lumpur

Wondermilk telah berada di kawasan Lembah Klang selama dua dekad, dan sehingga kini kafe ini masih menjadi tempat yang digemari ramai. Kafe ini sangat luas dan mereka mempunyai kawasan permainan kanak-kanak yang selesa!

Kafe ini menghidangkan makanan manis,seperti kek. Kanak-kanak juga boleh menikmati kuih-muih di kafe ini.

Alamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 5.30 petang

Sumber: Klook 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN