resepi ikan bakar sambal

Jika inginkan kelainan untuk makan tengah hari atau makan malam, jom cuba resepi ikan bakar sambal yang cukup menyelerakan.

Resipi ini menggunakan ikan pari, namun anda boleh menggantikan dengan jenis ikan lain yang disukai mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan juga biasanya sudah ada di dapur. Tak perlu susah payah ke pasar raya semata. Jom masak!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL

resepi ikan bakar sambal

Bahan-bahan:

  • Ikan pari (saiz sederhana)
  • Daun pisang
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (boleh tambah cili padi merah jika suka pedas)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 20g belacan
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula melaka
  • MSG

Untuk hiasan:

  • Limau kasturi/limau nipis
  • Cencaluk (jika terlupa beli cencaluk, boleh gantikan dengan limau sahaja)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak atau naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula melaka dan MSG. Kacau rata dan masak seketika. Siap!
  4. Tuang sambal yang sudah siap ke atas ikan pari yang telah dibakar di atas grill atau pan.

Kredit: Anna Aziz

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN