resepi sambal terung

Resepi sambal terung ikan bilis ini memang salah satu lauk yang digemari ramai! Cukup sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Ada satu lauk ini saja pun sudah cukup, tak perlu lauk lain pun tak apa. Pasti setiap suapan akan membuatkan anda teringin untuk tambah lagi!

Baca juga: Resipi Sambal Terung Berlado, Ikut Tips Ini Agar Tak Serap Minyak

RESEPI SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 2 batang terung (dipotong dan digoreng)
  • Ikan bilis (dibasuh dan digoreng)
  • Cili kering (direbus dan dikisar)
  • Bawang merah dan bawang putih (secukupnya, mengikut jumlah sambal yang ingin dibuat)
  • Air asam
  • Gula dan garam (secukup rasa)

Cara penyediaan:

  1. Goreng terung dan ikan bilis secara berasingan. Goreng terung hanya sekejap, kemudian ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus. Tumis bawang tersebut dalam minyak panas hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Setelah sambal pecah minyak, tambahkan air asam, garam, dan gula. (Saya masak sambal ini hampir sejam untuk mendapatkan rasa yang optimum.)
  5. Apabila sambal sudah cukup rasa, tutup api dan masukkan terung serta ikan bilis. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur rata.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Rahsia Pajeri Terung Yang Sedap, Jangan Tumis Bahan Tumbuk Dengan Rempah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN