
Nampak sambal belacan dah habis, terus nak ubah angin untuk buat sambal jenis lain di rumah. Jika begitu, kami cadangkan anda cuba resepi Sambal Hitam simple pula.
Setiap negeri pasti mempunyai resipi sambal tersendiri yang unik dan istimewa. Begitu juga dengan Pahang, Sambal Hitam telah menjadi pembuka selera di sana sejak dulu lagi.
Sambal Hitam dimasak dengan menggunakan belimbing buluh yang direbus bersama garam dalam masa yang lama sehingga belimbing tersebut kecut dan berwarna coklat.
Kami telah terjumpa resepi Sambal Hitam simple yang dikongsikan oleh Yuera Mansor. Bukan saja caranya cepat, malah tiada belimbing buluh pun tak mengapa. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!
RESEPI SAMBAL HITAM SIMPLE

Bahan-bahan:
- 7 hingga 10 biji tomato
- Segenggam setengah cili padi
- 180ml minyak masak
- 5 hingga 6 biji bawang besar
- 2 genggam ikan bilis
- 1 sudu kecil kicap pekat
- Ajinomoto
- Garam
- Sedikit gula
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong tomato dalam 7 hingga 10 biji, masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak dan biarkan masak sekejap.
2. Sementara itu, sediakan segenggam setengah cili padi (sebab saya suka pedas berapi), 180ml minyak masak, 5 hingga 6 biji bawang besar dan 2 genggam ikan bilis.

3. Kisar kasar semua bahan dengan minyak kecuali ikan bilis, kemudian baru masukkan ikan bilis dan kisar kasar lagi.
4. Seterusnya, masak tomato tadi sampai betul-betul hancur (tanpa minyak ya).

5. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan kacau smpai agak garing.
6. Masukkan 1 sudu kecil kicap pekat, ajinomoto, garam dan sedikit gula (jangan manis sangat, nanti tak sedap, ikan bilis sudah cukup masin, jadi kena pandai selaraskan rasanya).
7. Akhir sekali, masak sampai pecah minyak dan ikan bilis tadi sudah garing, kemudian boleh tutup api dan sejukkan. Siap untuk digunakan!
Setelah siap, anda boleh terus simpan dalam balang. Jika letak pada suhu bilik, boleh tahan dalam 5 hari. Jika simpan dalam peti sejuk pula, 2 bulan pun masih tahan.
Buat anda yang tak tahan pedas, boleh tambah bawang besar dan kurangkan cili padi dalam resepi Sambal Hitam simple ini. Makan dengan nasi saja pun sedap!
Selamat mencuba!
Sumber: Yuera Mansor
Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














