kuih angku

Lamanya tak makan Kuih Angku! Kuih ini merupakan kuih tradisional cina yang digemari ramai orang. Terdapat pelbagai warna kuih angku cina ini dan setiap warnanya mempunyai inti yang berbeza.

Nak tahu cara penyediaannya? Jom ikuti perkongsiannya disini.

Kuih ini mempunyai acuannya yang tersendiri. Tapi boleh juga dibuat tanpa menggunakan acuannya. Kuih angku ini amat digemari ramai terutamanya masyarakat peranakan Baba dan Nyonya.

Baca juga: Mooncake Atau Kuih Bulan Versi Halal, Baru Tahu Mudah Je Nak Buat!

Teksturnya yang lembut dan kenyal adalah disebabkan penggunaan tepung pulut. Bahan memasak yang digunakan sangatlah mudah diperolehi dan tidak renyah. Anda juga boleh mempelbagaikan warna dan intinya.

Mari kita ikuti perkongsian resipi dari Juliana Jue Cullen. Beliau ada berkongsi tiga resipi berlainan inti beserta gambarnya.

Dalam perkongsian ini, inti yang digunakan adalah kacang hijau.


RESIPI KUIH ANGKU VERSI HALAL

kuih angku

Bahan A:
  • 35 gram potato flakes
  • 170g-190g air panas mendidih
Bahan B:
  • 200 gram tepung pulut (jenama cap kambing/erawan)
  • 60g gula halus
  • 55 gram air panas mendidih
  • 55 gram minyak masak
  • Pewarna makanan pilihan mengikut inti
Bahan C:
  • Daun pisang secukupnya. Potong daun pisang bg sama saiz.
Bahan inti kacang hijau:
  • 525gram kacang hijau tanpa kulit
  • 325 gram gula pasir-manis just nice
  • 105gram minyak masak

Cara Buat Inti:

1. Kacang hijau tanpa kulit – cuci bersih-bersih sampai warna kuning air cuci tu jernih sikit. Dah cuci bersih, rendam dalam bekas isi air bagi penuh melepasi paras kacang hijau. Rendam dalam 1 jam macam itu.
2. Siap rendam, toskan masukkan dlm loyang 10 inch. Sebelum masukkan dlm loyang masukkan daun pandan yg dipotong2 letak dlm loyang lepas tu masukkan kacang hijau dan letak lagi daun pandan atas kacang hijau kemudian kukus kira-kira 30 hingga 45 minit.
3. Dah siap kukus, masukkan terus kacang hijau pengisar.
4. Panaskan minyak dalam kuali non-stick. Guna api perlahan.
5. Minyak dah panas, masukkan kacang hijau yang dah di kisar, gula pasir dan untuk wangi boleh masukkan daun pandan yg disimpul dlm bahan2 tadi. Gaul semua bahan supaya sebati dan kacang hijau tak hangit.
6. Sejukkan inti sebelum masukkan dalam peti sejuk kalau belum nak gentel. Jangan bekukan inti yang belum digentel.
7. Gentel inti dan timbang 15gram setiap biji masukkan dalam bekas yg bersih dan boleh dibekukan siap. Tahan sampai 6 bulan.

Cara Buat Kuih Angku:
1. Bancuh bahan A, kacau sehingga menjadi seperti mashed potato. Ketepikan.
2. Untuk bahan B, sebatikan trpung pulut dgn gula halus. Dah agak bercampur, masukkan Bahan A tadi ramas jadi mcm serbuk roti.
3. Dah siap adun dgn bahan A, masukkan air panas kemudian masukkan minyak masak. Proses uli bahan B gunakan plastic glove. Adun sampai jadi mcm adunan tanah liat yg lembut. Kalau waktu adun rasa belum lembut, tambah dalam 1 sudu makan air panas. Pastikan sebelum tambah kena adun sampai tak lekat di bekas adun plastik. Kalau adunan keras baru boleh tambah air panas. Adunan jangan terlampau lembik.
4. Siap adun, warnakan doh guna 1/2-1 sudu kecil dulu, ramas-ramas bagi sebati warna. Kalau warna belum nampak menarik lagi baru tambah sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak warna nanti pekat sangat kulit angku nya.
5. Inti yang sudah digentel boleh disalut dgn kulit angku. Timbangan inti 15gram. Inti kena buat dan sejukkan/frozen awal sebelum nak proses kulit angku.
6. Kukus kuih angku dalam 10 minit. Jangan biarkan dalam pengukus mcm itu sahaja. Tutup dan buka penutup setiap 3 hingga 5 minit untuk elakkan kuih angku leper dan kembang. Nanti hilang bentuk kura-kura.
7. Siap masak buka tutup kukus dalam 2 minit macam tu baru angkat pengukus dan sejukkan kuih dalam 5 minit dan sapu minyak masak di permukaan kuih angku bagi nampak berkilat cantik. Siap untuk dihidang!

Kepada mereka yang terasa nak bertukar selera juadah minum petang. Apa kata cuba resipi yang sedap ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba!

kuih angku

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN