rendang daging minang

Salah satu masakan sedap dari Indonesia yang wajib dicuba adalah “rendang daging minang”. Menu ini sedap dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.

Cara memasak rendang minang ini juga cukup mudah, malah tidak renyah dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Selain itu, resipi ini juga tidak perlu menggunakan minyak, tidak perlu ditumis dan tanpa kerisik.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Puan Ayu Susanti. Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada ibunya yang berasal dari Padang, Indonesia.

Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam

RESEPI RENDANG DAGING MINANG

Bahan-bahan A:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering pedas*
  • Halia*
  • Lengkuas*

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan A.

2. Panaskan kuali, masukkan daging serta semua bahan-bahan A yang sudah dikisar tadi.

3. Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.

4. Kemudian, masukkan juga daun kunyit, serai, daun limau purut dan serai.

5. Bila dah mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.

Info: 1 kg daging bersamaan 1kg santan. Orang minang masak rendang tak pernah guna kerisik.

Kredit resipi dan gambar: Ayu Susanti

Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN