japanese cream puff

Japanese cream puff ini agak berbeza dari cream puff biasa kerana ia lebih rangup dan saiznya juga lebih besar.

Intinya pula tidak terhad kepada inti kastad atau vanilla sahaja. Anda boleh guna pelbagai inti yang disukai.

Salah satunya adalah japanese cream puff inti coklat seperti yang kami kongsikan di bawah. Jika ada yang ingin cuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Tip Buat Kuih Lapis Pelangi Yang Lembut, Gedik & Elastik, Dijamin Anti-Gagal!

RESEPI JAPANESE CREAM PUFF INTI COKLAT

japanese cream puff

RESEPI INTI COKLAT (FILLING CHOCOLATE)

japanese cream puff

Bahan-bahan:

  • 250 ml susu full cream
  • 50 gram gula pasir
  • 20 gram tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sk serbuk koko
  • 75 gram dark coklat coin
  • 150ml whipping cream (non dairy)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan masak atas api.
  2. Kacau sehingga mengental dan muncul ‘bubble’.
  3. Selepas itu, boleh masukkan ke dalam mangkuk dan tutup mangkuk dengan wrap.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  5. Sementara tunggu inti coklat ini keras/sejuk, pukul whipping cream sampai kental (tak jatuh).
  6. Kemudian, campurkan dengan coklat yang telah disejukkan tadi.

RESEPI PUFF (CHOUX)

japanese cream puff

Bahan-bahan:

  • 60 gram butter
  • 120 ml air
  • 65 gram tepung gandum
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  1. Satukan butter dan air. Masak 2 bahan ini sehingga mendidih.
  2. Kemudian, baru boleh masukkan tepung gandum.
  3. Kacau sampai adunan ini mengering.
  4. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam bekas lain dan pukul guna hand mixer untuk hilangkan panas.
  5. Kemudian, boleh masukkan esen vanilla.
  6. Pastikan adunan tadi sejuk baru boleh masukkan telur.
  7. Sambung pukul sampai adunan berkilat dan likat.
  8. Guna acuan seperti ini untuk dapatkan saiz yang sama.
  9. Paipkan bancuhan ke dalam acuan. Boleh dapat 15 biji.
  10. Tutup acuan dengan wrap dan simpan dalam peti beku.

RESEPI CRAQUELIN CRUSH

japanese cream puff

Bahan-bahan:

  • 50 gram gula kastor
  • 45 gram butter
  • 50 gram tepung gandum

Cara-cara:

  1. Satukan gula kastor dan butter, gaul sebati.
  2. Selepas itu, boleh masukkan tepung gandum. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Nanti akan dapat tekstur seperti ini.
  4. Letakkan atas baking paper dan canaikan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  5. Kemudian, boleh tekap mengikut saiz yang disukai. Tapi pastikan lebih besar lagi saiz puff tadi.
  6. Masukkan ke dalam peti beku untuk keraskannya.

Bila dah siap buat semua, jom kita bakar guna cara di bawah:

  1. Selepas puff dan craquelin crush sudah mengeras, keluarkan dari peti sejuk.
  2. Susun puff atas tray yang dilapik baking paper. Susun jauh-jauh kerana dia akan mengembang.
  3. Kemudian, letakkan craquelin crush di atas puff.
  4. Boleh masukkan ke dalam oven bakar pada suhu 180180° selama 15 minit. Kemudian tukar suhu 160° dan sambung bakar lagi selama 15 minit.
  5. Selepas masak, jangan keluarkan dari oven lagi. Biarkan puff dalam oven sehingga sejuk atau selama 10 minit.
  6. Selepas keluar dari oven, sejukkan seketikan dan paipkan inti coklat ke dalam puff.
  7. Selamat mencuba!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN