daun limau purut

Kadang-kadang bila kita memasak menggunakan daun limau purut, masakan akan terasa pahit. Rupanya daun yang diambil tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan.

Pemilihan daun yang betul sangat penting supaya masakan tidak pahit. Anda perlu perhatikan bentuk daun sebelum digunakan dalam masakan.

Kalau nak tahu petuanya, jom baca perkongsian oleh Nas Nai di bawah. Semoga bermanfaat!

Tips Memilih Daun Limau Purut Untuk Masakan

Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yang berbentuk 8, baru lah tak pahit. Yang lebar macam sebelah dia tu, memang agak pahit kalau dibuat masak.

Berapa kali masak guna jenis lebar jadi macam tu walaupun dah buang urat tengah. ada kot silap saya kat mana-mana. tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya gunakan sendiri, memang campak je tak payah buang urat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN