PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-10 08:33:21

Semenjak sekolah dibuka kembali selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap pagi ibu-ibu di rumah mesti sibuk menyiapkan bekal makanan buat anak-anak ke sekolah. Ini juga untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko virus yang masih aktif di luar sana. Namun, kadang-kadang sudah pasti ibu-ibu akan kehabisan idea untuk memikirkan menu apa untuk dibekalkan. Haa, inilah masanya untuk para ibu di rumah membuat roti sosej roll untuk anak-anak. Persiapannya juga sangat mudah, ibu-ibu pun sudah tidak perlu kelam-kabut memasak di pagi hari. Oleh itu, jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Roserosnah Rose menerusi laman Facebooknya.

Kredit: Roserosnah Rose

Bahan-bahan:

  • Roti loaf
  • 4 batang sosej (atau mengikut kuantiti yang diingini)
  • 2-3 biji telur
  • Bread crumbs
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas yang disediakan. Kemudian, pukul telur sehingga sebati dan kembang. Ketepikan untuk seketika.


    Kredit: Rasa
     

  2. Leperkan sedikit roti dengan menggunakan tangan. Kemudian, belahkan sosej kepada dua bahagian.


    Kredit: Keluarga
     

  3. Letakkan sosej di atas roti yang telah dileperkan.


    Kredit: Roserosnah Rose
     

  4. Kemudian, mula untuk menggulung roti tersebut dengan kemas. Lakukan untuk roti-roti lain mengikut kuantiti yang diinginkan.


    Kredit: Roserosnah Rose
     

  5. Setelah siap menggulung, celupkan satu per satu roti sosej ke dalam bekas telur yang telah disediakan tadi.


    Kredit: Roserosnah Rose
     

  6. Kemudian, salutkan roti sosej tadi dengan bread crumbs.


    Kredit: Roserosnah Rose 
     

  7. Gorengkan menggunakan api yang sederhana sehingga warna roti nampak keperangan.


    Kredit: Roserosnah Rose
     

Siap untuk dibekal! Mudah saja kan? Mesti anak-anak pun suka dengan meal box ini. Selamat mencuba!

Kredit: Roserosnah rose

 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending