Siapa yang tak suka dengan resipi ringkas dan cepat siap? Boleh dikatakan, semua orang sukakannya. Lebih-lebih lagi jika dapat buat Air Asam Daging, serius sedap tak terkata.
Air Asam Daging adalah gabungan dua bahan dalam satu hidangan. Tak perlu buat lauk lain, makan hidangan lazat ini dengan nasi saja pun sudah cukup.
Anda boleh jumpa kedai yang jual nasi daging bersama air asam di negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia. Namun, sukar untuk menjumpai lauk seperti ini terjual di luar.
Jika teringin tahu betapa sedapnya hidangan lauk ini, anda boleh buat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan ringkas yang ada di rumah.
Cara membuatnya juga cukup mudah tanpa jalan kerja yang banyak. Anda hanya perlu merebus daging, kemudian hiris bahan-bahan lain dan campurkan saja.
Kami terjumpa perkongsian video di TikTok oleh nikkelatereact tentang resipi hidangan ini. Walaupun nampak mudah, tapi hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur
RESIPI AIR ASAM DAGING
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, hiris daging secara nipis, kemudian basuh dan rebuskannya.
2. Selepas itu, hiris lada merah, kemudian potong dadu bawang holland dan tomato.
3. Seterusnya, potong limau kasturi atau limau nipis kepada dua.
4. Masukkan air rebusan daging, lada merah, bawang holland dan tomato yang telah dihiris tadi ke dalam mangkuk.
5. Kemudian, masukkan air asam jawa dan perah limau kasturi.
6. Masukkan daging rebus dan gaulkan.
7. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan gula. Siap untuk dihidang!
Sementara nak tunggu gaji masuk, bolehlah buat resipi Air Asam Daging yang mudah ini terlebih dahulu. Orang kata, hidangan seperti ini boleh jimat duit poket tau.
Selamat mencuba!
Sumber: nikkelatereact
Baca juga: Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!