Kadang-kadang muncul rasa jemu asyik makan pasta bolognese, carbonara atau aglio olio. Apa kata kali ini kita cuba resepi pesto pasta pula.
Jika sebelum ini selalu makan di kedai saja, jom cuba masak sendiri pula di rumah. Cara penyediaannya tak susah mana pun.
Hanya perlu merebus spagheti dan kisar bahan-bahan kuahnya. Kemudian gaul spagheti dan kuahnya sehingga sebati. Mudah kan? Jom cuba!
Baca juga: Cara Mudah Buat Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin
RESEPI PESTO PASTA YANG SEDAP DAN MUDAH
Bahan-bahan:
- Spaghetti
- Daun basil
- Bawang putih
- Kacang pistachio
- Kacang gajus
- Unsalted butter
- Whipping cream
- Mozzarella cheese
- Minyak zaitun
- Serbuk black pepper
- Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus spageti sehingga lembut. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun supaya spageti tidak melekat. Tos dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sedikit mozarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sedikit minyak zaitun dan masukkan juga sedikit air rebusan pasta.
3. Kisar halus sehingga menjadi seperti dalam gambar di bawah. Lebihkan daun basil jika mahu warna yang lebih cantik.
4. Dalam periuk, cairkan unsalted butter. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
5. Bila dah separuh masak, masukkan whipping cream dan tambahkan lagi mozarella cheese. Kacau sebati.
6. Kemudian boleh masukkan pasta yang sudah direbus tadi. Gaul sebati dan masak dalam masa 3 hingga 5 minit. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nabila Huda Murad
Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu