ayam meraung

Daging harimau meraung masih menjadi kegilaan ramai sehingga sekarang. Namun tidak bagi bukan penggemar daging. Tapi jangan risau, anda boleh cuba buat ayam meraung ini bagi menggantikan daging.

Nak cuba buat? Jom lihat resipi ayam meraung berinspirasikan daging bakar Thai yang dikongsikan oleh Mas Salleh. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Meraung Bakar Thai

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam (perap dengan sedikit kicap pekat)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Bakar dalam non stik pan hingga masak dan potong ikut suka.

Bahan sos:

  • Cili merah besar*
  • Cili padi hijau*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Daun ketumbar beserta akar*
  • Gula kabung
  • Sos ikan
  • Sedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus
  • Sedikit cili flakes

Cara-cara buat sos:

  1. Cincang kasar semua bahan bertanda (*).
  2. Gaul semua bahan dan perahkan asam limau.

Selamat mencuba!

Kredit: Mas Salleh

Baca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini