spaghetti carbonara

Spaghetti Carbonara merupakan juadah popular yang berasal daripada Itali. Ia juga telah menjadi salah sebuah juadah yang amat digemari di Malaysia.

Apatah lagi, spagheti ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak – anak kecil kerana rasanya yang tidak pedas.

Baca juga: Buat Sendiri Je Sos Carbonara, Jimat Tak Perlu Beli Sos Segera. Sekali Masak Dapat Sekuali!

Korang nak tahu, selain menggunakan sos di dalam tin, kita juga boleh membuat Spaghetti Carbonara dengan hanya menggunakan bahan yang mudah. Jom lihat resipi versi min punya.


Resipi Spaghetti Carbonara


Bahan-bahan:

  • 1 paket pasta spaghetti
  • 2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak
  • Marjerin + minyak
  • Daging cincang
  • Bawang merah dadu
  • Sedikit tepung gandum
  • Cendawan dan sosej
  • 3 keping Cheese slice
  • Lada hitam blend atau tumbuk
  • Perisa maggi cukup rasa
  • Garam dan gula
  • Parsley dan oregano

Cara penyediaan:

1. Panaskan marjerin dan minyak.

2. Tumiskan bawang.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

4. Masukkan lada hitam.

5. Apabila daging sudah empuk dimasak, masuk cendawan dan sosej.

6. Selepas itu,masukkan susu dan gaul rata.

7. Bila dah menggelegak, masukkan cheese dan kacau sehingga larut.

8. Boleh masukkan herba seperti parsley dan oregano sebagai aroma dan hiasan tambahan.


Spaghetti carbonara siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN