resepi nasi goreng tomyam

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama pes tomyam. Bila sudah mahir memasak, bolehlah buat sendiri di rumah dan cara memasaknya juga cukup mudah!

Apatah lagi, ia merupakan salah satu menu kegemaran ramai setiap kali ke restoran masakan Thailand. Jadi, jangan lupa cuba masak sendiri di rumah ya!

Anda boleh menggantikan ayam dan udang dengan lauk lain yang disukai, seperti daging. Jika suka, boleh juga menggunakan seafood sahaja.

Baca juga: Cara Buat Nasi Sugarbun, Resipi Asal Borneo Ini Sedap & Pasti Disukai Ramai!

RESEPI NASI GORENG TOMYAM

resepi nasi goreng tomyam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Udang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Daun limau purut
  • Pes tomyam
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap sotong
  • Capsicum
  • Lobak merah
  • Daun ketumbar
  • Sedikit kicap pekat

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun limau purut.

3. Selepas sudah keperangan dan bau wangi, masukkan pes tomyam dan tumis seketika.

4. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap sotong secukupnya. Gaul sebati.

5. Kemudian, masukkan isi ayam dan juga udang. Gaul sehingga lauk masak.

6. Seterusnya, masukkan capsicum, lobak merah dan daun ketumbar.

7. Setelah itu, masukkan nasi putih yang sudah ditanak. Gaul sebati.

8. Letak sedikit kicap pekat untuk beri warna yang sedikit gelap.

9. Masukkan juga perasa mengikut selera anda.

10. Pastikan semua bahan bercampur rata sebelum tutup api. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Film with FM via Facebook

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN