Categories: Resipi

Resipi Nasi Arab Kabsah Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Ya Habibi Macam Makan Di Restoran!

Resepi nasi arab kabsah sebenarnya sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Ramai yang takut nak cuba kerana disangka renyah.

Sebenarnya, dengan teknik dan cara yang betul, anda boleh memasak nasi arab kabsah yang sama sedap setaraf seperti di restoran.

Apa yang istimewa dengan resepi ini adalah penggunaan kordial oren atau limau nipis yang memberikan rasa segar dan memastikan nasi tidak rasa muak. Jom ikuti langkah demi langkah di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Paling ‘Surrr’, Hidangan Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah Timun

RESEPI NASI ARAB KABSAH LENGKAP DENGAN BAHAN SAMPINGAN

Bahan stok ayam dan sup:

  • 1 ekor ayam (belah 2 atau ikut kesukaan) atau 1.5 kg daging
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu besar rempah kabsah
  • Rempah 4 sekawan: 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 7 biji cengkih, 4 biji pelaga (separuh dari jumlah asal)
  • 1 sudu besar garam
  • Air secukupnya (sukatan air mestilah 2 kali ganda jumlah beras)

Cara buat stok ayam dan sup:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan 1 sudu rempah kabsah dan kacau sekejap.
  3. Tuangkan air (2 kali ganda sukatan beras). Masukkan ayam dan garam.
  4. Masak sehingga mendidih dan ayam masak sempurna.
  5. Angkat ayam dan toskan. Simpan air rebusan ini untuk masak nasi dan baki air dijadikan sup.

Bahan untuk nasi kabsah:

  • 1 kg beras basmathi (rendam 30 minit & tos)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 sudu besar rempah kabsah
  • Rempah 4 sekawan: 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 7 biji cengkih, 4 biji pelaga (baki separuh lagi)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar Sunquick (perisa oren) atau air limau nipis
  • Bahan tumis: 1 sudu mentega, 1 sudu minyak sapi dan sedikit minyak masak
  • Perasa: 1 sudu besar gula, sedikit sos tomato (puree) dan daun ketumbar

Cara masak nasi kabsah:

  1. Panaskan minyak masak, mentega dan minyak sapi dalam periuk nasi.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan rempah 4 sekawan sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan rempah kabsah, kemudian tumis seketika.
  4. Masukkan air stok ayam tadi (nisbah 1 ¼ cawan air untuk 1 cawan beras).
  5. Tambah garam, gula, sos tomato, susu cair, Sunquick dan daun ketumbar.
  6. Apabila air mendidih, masukkan beras basmathi. Kacau sekali-sekala supaya tidak berkerak di bawah.
  7. Biarkan sehingga air kering separas nasi, kemudian kecilkan api paling perlahan, tutup periuk dan biarkan nasi tanak.

Bahan untuk ayam bakar:

  • Ayam (yang telah direbus dari stok tadi)
  • Bahan perap: 1 sudu besar serbuk cili, sedikit ketumbar, jintan manis, jintan putih, sos tiram, sos tomato, sedikit garam, perahan limau dan 4 sudu besar madu (atau gula)

Cara buat ayam bakar:

  1. Campurkan semua bahan perap ayam dalam bekas.
  2. Gaul rata pada ayam yang telah direbus tadi. Perap selama 1 jam untuk rasa yang lebih meresap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 45 minit atau gunakan pemanggang ajaib sehingga ayam kelihatan garing dan juicy.

Bahan untuk salad salatah:

  • 1 batang timun (dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit daun saderi atau daun sup (dihiris halus)
  • Sedikit garam dan mayonis secukupnya

Cara buat salad salatah:

  1. Satukan semua bahan salad dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan mayonis. Gaul rata.

Bahan untuk sos harahah (sambal arab):

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1 biji lemon (diambil airnya)
  • Sedikit daun ketumbar, sedikit kuah sup dan sedikit garam

Cara buat sos harahah:

  1. Masukkan semua bahan sos ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus dan sedia dihidang.

Sumber: Se Zemi

Baca juga: Resepi Nasi Kerabu Homemade Ini Pasti Buat Satu Kelurga Makan Bertambah, Patutlah Ramai Cuba!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago