
Kalau ayam bawang putih ada depan mata, memang tak boleh tolak. Bau wangi bawang yang digoreng bersama ayam panas-panas boleh buat perut lapar. Bahan perapan yang ringkas tetapi cukup menaikkan rasa.
Resipi ini sangat sesuai dijadikan lauk berbuka puasa, makan tengah hari atau makan malam kerana cara penyediaannya mudah dan cepat tanpa menggunakan banyak sos atau bahan rumit.
Baca juga: Resipi Ayam Sos Tiram Bersalut Kuah Pekat, Menu Ringkas Tapi Jadi Rebutan!
RESEPI AYAM BAWANG PUTIH RANGUP

Bahan-bahan:
- Ayam
- Serbuk kunyit
- Serbuk paprika
- Serbuk bawang putih
- Tepung jagung
- 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- 10 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, paprika, serbuk bawang putih, tepung jagung dan garam sehingga rata. Perap sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit supaya bahan meresap.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.
- Kemudian, masukkan bawang yang telah diketuk ke dalam minyak dan goreng bersama ayam.
- Teruskan menggoreng sehingga ayam masak sepenuhnya dan bawang bertukar warna keperangan serta rangup.
- Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk sampingan lain.
Sumber resipi dan gambar: Wiwien Chempaka
Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














