Categories: Resipi

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang gemarkan sup berkuah jernih, ringan tetapi tetap mengenyangkan. Lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu, semangkuk sup panas dengan rasa umami yang lazat pastinya dapat memberikan rasa selesa.

Keistimewaan sup ini terletak pada gabungan pes miso dan serbuk dashi yang menghasilkan kuah dengan rasa umami tersendiri. Tambahan tauhu lembut dan wakame pula memberikan tekstur yang berbeza dalam setiap suapan. 

Menariknya, hidangan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan sesuai dijadikan menu sampingan atau hidangan ringan. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti hirisan daun bawang dan shabu-shabu mengikut citarasa.

Baca juga: Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

RESEPI SUP MISO KAYA PROBIOTIK

Bahan-bahan:

  • 200 ml air
  • Tauhu lembut secukupnya
  • 1 sudu teh wakame
  • ½ sudu teh serbuk dashi (2 g)
  • 1 sudu besar pes miso (20 g)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu. Potong tauhu lembut kepada kiub kecil mengikut saiz yang disukai.
  2. Masukkan 200 ml air ke dalam periuk bersama tauhu lembut, wakame dan serbuk dashi.
  3. Hidupkan api sederhana dan biarkan semua bahan dimasak sehingga kuah mula mendidih.
  4. Setelah kuah mendidih, tutup api dan masukkan 1 sudu besar pes miso.
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga pes miso larut sepenuhnya dan sebati dengan kuah.
  6. Pastikan tiada ketulan pes miso yang tertinggal sebelum sup dihidangkan. Siap untuk dinikmati!

Tip: Elakkan merebus pes miso terlalu lama kerana suhu yang terlalu tinggi boleh menjejaskan rasa dan aromanya. Sebaiknya, tutup api terlebih dahulu sebelum memasukkan pes miso supaya rasa aslinya lebih terpelihara.

Sumber: Threads @aln.zfrn

Baca juga: Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Izzati

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

12 minutes ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

16 minutes ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

3 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

4 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

4 hours ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

4 hours ago