Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera kalau teksturnya terlalu keras, lebih-lebih lagi apabila kos bahan yang digunakan bukan murah.
Kalau suka kek batik yang lembut dan mudah dipotong, boleh cuba resepi kek batik lembut tanpa telur perkongsian Nor Afida Zakaria ini. Rahsianya terletak pada sukatan bahan yang digunakan untuk mendapatkan tekstur kek batik yang lebih lembut dan sedap dinikmati.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Adunan Blender Dan Topping Coklat Buat Ramai Terliur!
Menurut Nor Afida, dia lebih menggemari kek batik yang mempunyai tekstur lembut dan tidak keras apabila digigit. Selepas beberapa kali mencuba, sukatan bahan yang dikongsikan ini menjadi pilihannya untuk menghasilkan kek batik seperti yang diinginkan.
Menariknya, resepi ini menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati seperti butter, susu pekat, susu cair, Vico, serbuk koko dan biskut Marie.
Walaupun bahan yang digunakan nampak ringkas, sukatan setiap satunya memainkan peranan penting dalam menghasilkan tekstur kek batik. Malah, biskut juga tidak perlu disusun satu demi satu di dalam loyang kerana semuanya hanya perlu digaul bersama adunan coklat.
Bahan-bahan
Cara-cara Membuat Kek Batik
1. Masukkan butter atau marjerin ke dalam periuk dan panaskan sehingga mula mencair.
2. Masukkan 2 sudu besar air panas, diikuti Vico dan serbuk koko.
3. Kacau dengan whisk dengan cepat supaya serbuk koko dan Vico tidak berketul.
4. Kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat manis.
5. Teruskan mengacau sehingga semua bahan sebati dan adunan mula menggelegak sedikit.
6. Masukkan biskut Marie dan gaul sehingga semua biskut bersalut rata dengan adunan coklat.
7. Setelah biskut sebati, tutup api.
8. Sediakan loyang bersaiz 10 inci dan lapik dengan plastik terlebih dahulu.
9. Tuangkan adunan kek batik ke dalam loyang dan ratakan.
10. Biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.
Bagi yang suka kek batik lembut, perkara paling penting ialah memastikan sukatan bahan mengikut resipi. Perbezaan kuantiti butter, susu dan bahan coklat boleh mempengaruhi tekstur kek batik yang dihasilkan.
Nor Afida turut berkongsi bahawa dia tidak menyusun biskut Marie satu demi satu di dalam loyang. Sebaliknya, biskut terus dimasukkan ke dalam adunan coklat dan digaul sehingga sekata.
Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa penyediaan. Apabila semua bahan sudah sebati, adunan boleh terus dimasukkan ke dalam loyang untuk disejukkan.
Jadi, buat yang selalu mengalami masalah kek batik keras, bolehlah cuba resepi kek batik lembut tanpa telur ini. Pastikan sukatan bahan diikuti dengan betul untuk mendapatkan hasil seperti yang dikongsikan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Afida Zakaria
Baca juga: Kek Marble Gebu Dan Lembut, Cuba Resipi Orang Lama Ini Memang Tak Pernah Mengecewakan!
Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…
Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…
Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…
Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…
Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…