Resepi lempeng pisang merupakan salah satu hidangan petang yang sangat popular dalam kalangan orang Melayu.
Kali ini, MyResipi akan berkongsikan resipi lempeng pisang mengikut cara tradisional. Lempeng akan dimasak menggunakan daun pisang.
Penggunaan daun pisang tersebut akan menjadikan lempeng lebih beraroma dan enak. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah.
Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang sehingga lumat. Tambahkan gula pasir dan gula merah. Terus melecek sehingga adunan sebati.
2. Kemudian tambah kelapa parut, tepung ubi serta tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata.
3. Jika adunan kelihatan terlalu pekat, tambah sedikit air dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Ambil sehelai daun pisang yang sudah dibersihkan, letakkan adunan secukupnya ke atas daun pisang dan ratakan.
5. Bakar lempeng tadi di atas kuali non-stick. Kemudian terbalikkan dan masak lagi sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Tengku Roselyza Raya Muhammad
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis
Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…
Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…
Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…
Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…
Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…
Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…