lempeng kosong

Lamanya tak makan lempeng kosong macam ni kan. Kalau duduk kampung, memang opah min akan buat lempeng ni setiap pagi sebagai sarapan. Nak sedap lagi, makan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam. Fuhh!

Senang je nak buat lempeng kosong sebenarnya. Kalau sekali belajar pun dah boleh pandai. Tapi kita kan kadang-kadang suka air tangan ibu atau opah. Ada berkat gitu.

Baca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!

Untuk perkongsian kali ni, MyResipi kongsikan resipi dari Qaseh Aisyah Linda yang sudi berkongsi di laman Facebook. Memang tengok gambar je dah teringat nostalgia lama masa kanak-kanak tau!

Nak betul- betul rasa macam kampung, kena digadingkan dengan sambal bilis. Memang makan bertambah lah dibuatnya!


RESIPI LEMPENG KOSONG

Bahan-bahan lempeng:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 santan
  • Garam secubit rasa
  • 1 biji telur 
  • Air secukupnya

Cara membuat lempeng:

  1. Kisar atau gaulkan kesemua bahan-bahan diatas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat adunan seperti membuat kulit kuih ketayap.
  2. Panaskan kuali, sapu minyak atau butter. Sendukkan adunan dan leperkan nipis.
  3. Masak guna api yang perlahan sahaja. Biar ada hangi-hangit garing sikit baru terbalikkan dan masak sebelah lagi.
  4. Buat sampai habis adunan. Siap dan ketepikan.

Bahan sambal bilis:

  • Ikan bilis
  • Cili kering kisar
  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang merah besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Cara membuat sambal bilis:

  1. Tumis bahan2 bertanda* sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar, masak sehingga naik minyak.
  3. Selepas naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam. Dah cukup rasa, sudah boleh masukkan ikan bilis. Siap untuk dihidang bersama lempeng tadi.

Wow! Terasa macam makan lempeng ibu dan opah kita buat kan. Kalau perasan kan, dulu-dulu punya versi, hidang atas pinggan bunga tau. Nampak klasik sangat!

Paling sedap makan panas-panas di masa sarapan atau minum petang. Memang boleh buat kita berebut tau! Kalau yang mana nak cuba tu boleh follow je resipi yang min kongsikan ni.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN