Categories: Resipi

Rendang Maman Ayam Pencen Cara MUDAH, Panas Banyak Kali Pun Sedap!

Mari kita cuba masak Rendang Maman Ayam Pencen yang merupakan perkongsian oleh Cik Puan Nurul Othman ini.

Menurutnya, beliau menggunakan santan yang pekat supaya hasil masakan rasa lebih berlemak.

Beliau turut berkongsikan tips ayam tidak menjadi hancur selepas dipanaskan semula. Berikut merupakan perkongsiannya:

“Selalunya bila pergi menghala Kuala Pilah baru jumpa maman. Nak dijadikan rezeki, Sabtu lepas pergi ke Pasar Chow Kit dan terpandang peniaga sayur jual maman. Saya tak banyak cakap, memang ‘borong’ habiskan sayur maman itu ada dalam 3.5 kg.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Maman ini saya masak pakai santan yang pekat baru sedap rasa lemaknya. Saya guna ayam pencen barulah isinya tak hancur bila kita panaskan 2 hingga 3 hari.”


RESIPI RENDANG MAMAN AYAM PENCEN

Saiz hidangan: 5-10 orang makan

Bahan-bahan:

  • 2/3 ekor ayam pencen
  • 3kg sayur maman
  • 3kg santan ( santan pekat tak campur)
  • 10 keping asam keping
  • 2 buku kunyit hidup
  • 45 biji cili api kampung (nak pedas boleh tambah cili, saya buat tak pedas sebab anak nak makan)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Siang ambil daun maman, batang maman ambil yg lembut sahaja , basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.

2. Ayam pencen potong mcm biasa dan cuci bersih masukkan ke dalam kuali.

3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam ayam tadi. Kacau bagi bahan serap sekata dan sehingga ayam empuk ( Proses ni lama nak cepat saya masuk dalam pressure cooker 40minit dah empuk pindahkan balik masuk kuali besar).

4. Masukkan santan. Kemudian, kacau ayam dan air cili itu supaya rata dengan santan. Renihkan.

5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.

6. Bila santan pekat dan mendidih, baru masukkan daun maman sedikit demi sedikit. Kecilkan api supaya bawah tidak hangus.

7. Buat perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!

Pantang larang ketika memasak:

  • Ingat, jangan kacau daun maman selagi belum layu. Ini kerana nak elak maman pahit.
  • Semasa basuh daun maman juga elak dari terperah daun untuk elak pahit.
  • Cara basuh rendam dalam air besen dan pastikan pasirnya hilang. Ulang 3 kali basuhan. Toskan supaya ketika masukkan sayur maman dalam kuali, ia tidak basah.
  • Pastikan api kecil sebab sepanjang nak tunggu layu, tak boleh kacau. Jadi, api kecil boleh elak dasar rendang hangit.
  • Santan yang cukup barulah menghasilkan minyak kehitaman.


Selamat mencuba resipi Rendang Maman Ayam Pencen ini.

Baca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

3 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

3 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

3 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

5 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

7 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

7 hours ago