Categories: Resipi

Resepi Kuah Bakso Original Indonesia, Kuah Pekat Berempah Dengan Rasa Daging Lebih Kaw!

Kalau anda sedang cari resepi kuah bakso Indonesia yang mudah tapi rasa asli, ini versi yang wajib cuba. Tak perlu teknik rumit atau bahan susah, guna cara simple pun dah boleh dapat kuah bakso yang pekat, wangi dan penuh rasa daging.

Resepi ini sesuai untuk hidangan keluarga besar, malah kalau buat sekali memang puas makan. Lagi lama rebus, lagi ‘kick’ rasanya!

Baca juga: Sup Soto Ala Indonesia Dengan Kuah Wangi, Rasa Lebih Mantap Dari Soto Melayu Biasa

RESEPI KUAH BAKSO INDONESIA (10 ORANG MAKAN)

Bahan-bahan:

  • Tulang daging
  • Bebola daging secukupnya
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 2 batang serai (dititik) – pilihan
  • 1 helai daun pandan – pilihan
  • 1 ½ kiub pati daging
  • Garam secukup rasa
  • Perasa

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3–4 biji buah keras
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada sulah

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus tulang daging

Rebus selama 30 minit atau lebih lama untuk hasil kuah lebih pekat dan sedap.

2. Tumis bahan

Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan bahan kisar bersama serai dan daun pandan.

3. Satukan kuah

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.

4. Masukkan bebola daging

Biarkan masak bersama kuah.

5. Perasakan

Tambah garam dan perasa ikut selera.

6. Siap bila bebola timbul

Bila bebola daging timbul, itu tanda kuah bakso sudah masak sempurna.

Cara Hidang Bakso Lebih Sedap

Hidangkan bersama:

  • Bihun
  • Mee kuning
  • Kuetiau

Tambah daun sup, bawang goreng dan cili kicap untuk rasa lebih padu!

Tips Resepi Kuah Bakso Indonesia Lagi Sedap

  • Lagi lama rebus tulang, lagi power rasa kuah
  • Guna bebola daging berkualiti untuk rasa lebih ‘real’
  • Serai dan daun pandan hanya tambahan, tak letak pun tak apa
  • Boleh tambah sayur seperti lobak untuk versi lebih lengkap

Kenapa Resepi Kuah Bakso Indonesia Ini Viral?

  • Cara paling mudah dan cepat
  • Bahan senang dapat
  • Rasa sebiji macam bakso Indonesia asli
  • Sesuai untuk makan ramai

Kalau anda memang peminat bakso, resepi kuah bakso Indonesia ini memang wajib simpan. Sekali cuba, confirm ulang banyak kali!

Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan simpan untuk rujukan nanti!

Selamat mencuba!

Sumber: Noah Ekyn

Baca juga: Bihun Bakso Simple Buat Sendiri, Sedapnya Macam Dekat Tanah Seberang!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Mi Celup Untuk 15-20 Orang Makan, Resipi Lengkap Dengan Pelbagai ‘Topping’

Mi celup antara menu yang sesuai dihidangkan bila tetamu nak datang rumah. Kuahnya dimasak menggunakan…

16 hours ago

Resipi Bubur Talbinah, Hidangan Sunnah Dari Barli Yang Mudah Dibuat & Banyak Khasiat

Kalau pernah dengar tentang bubur talbinah tetapi belum pernah cuba buat sendiri, resipi ini memang…

17 hours ago

Cara Rebus Ubi Madu Cameron, Ikut Petua Ini Supaya Cepat Empuk Dan Sedap Dimakan

Nak tahu cara rebus ubi madu supaya cepat empuk, lembut dan sedap dimakan? Tak perlu…

17 hours ago

Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!

Kalau buntu nak masak apa dengan daging, boleh cuba resipi pad kra pao ini. Hidangan…

18 hours ago

Resipi Siakap Masak Asam, Lauk Kampung Masam Pedas Yang Buat Selera Terus ‘On’!

Kalau suka lauk yang ada rasa masam, pedas dan cukup berperisa, siakap masak asam ini…

19 hours ago

Keropok Takkan Cukup Sebungkus! Ini Resipi Sos Pencicah Sedap, Pedas & Cukup Rasa

Kalau keropok sudah ada di rumah, memang terasa kurang lengkap kalau tiada sos untuk dicicah.…

20 hours ago