Categories: Resipi

Resipi Gulai Telur Pekat & Wangi, Lauk Jimat Tapi Semua Orang Mesti Tambah Nasi

Resepi gulai telur ini sesuai kalau anda nak masak lauk yang cepat, simple tapi tetap sedap dan wangi rempahnya. Cuma guna beberapa bahan asas, tapi rasanya tetap padu, sesuai untuk dimakan bersama nasi panas.

Resipi ini juga sangat fleksibel. Kalau anda suka kuah yang pekat, boleh kurangkan air. Kalau suka lebih kuah, lebihkan sikit kuantiti. Aroma rempahnya juga boleh buat siapa sahaja yang lalu dapur, terus terliur.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aida Akashahfitri untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya di bawah.

Baca juga: Resipi Telur Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Lauk Ringkas & Jimat Tapi ‘Mengancam’ Sedapnya!

RESEPI GULAI TELUR

Bahan-bahan:

  • 3 peket kecil rempah ayam (contoh: cap O, boleh guna rempah lain)
  • 1 kotak santan (guna sedikit sahaja)
  • 1 helai bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2-3 helai daun kari
  • 4-6 biji telur rebus
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2-3 keping asam keping (optional)
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih) bersama daun kari sehingga wangi.
  2. Bancuh rempah ayam dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air. Jika mahu kuah pekat seperti gambar, jangan tambah air terlalu banyak.
  4. Tambahkan kerisik dan sedikit santan, kacau rata.
  5. Masukkan asam keping jika suka rasa sedikit masam.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan biarkan sekejap supaya telur menyerap sedikit kuah.
  8. Gulai telur siap dihidangkan. Nikmati bersama nasi panas atau kuih-muih kegemaran.

Sumber: Aida Akashahfitri

Baca juga: Resipi Telur Rebus Sambal Balado, Menu Jimat Poket Tapi Tetap Lazat Menyelerakan!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

7 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

7 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

8 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

9 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

9 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

9 hours ago